Thursday 14 January 2010

Kisah Teladan Hamdan

Hamdan(bkn nama sebenar) ialah seorang pemuda kampung dusun yg agak rockers..Beliau gemar bermain gitar pada waktu senja di simpang kampung dusun utk mendapatkan perhatian dari BMG ataupon SONY music..Tp dh 2 taun masih tiada siapa datang melamar...

oleh kerana selalu beliau beraksi waktu senja,lalu dtg sorg tok imam menegur Hamdan itu.."hamdan, kenapelah waktu2 senja baru ko nak start jamming..jamming la awal sikit,waktu2 magrib nih kan elok kalau bersiap ke surau"..kat tok imam itu,

Hamdan dgn rocknya menjawab.."
Hek elah tok imam,cool la..wa selalu lelap aa time ptg2 nih..nak kat magrib baru wa selalu sedar"..jwb hamdan..

Tok imam mencelah "masyallah hamdan...tido time asar kan x elok..kalau selalu sgt nanti boleh jadi gila!"..jelah tok imam secara seriusHamdan sekali lg menjwb" hek elah..wa slalu tido time asar x gila pon, cammon la tok imam sekarang zaman morden mane ada org pikir kuno mcm tu lagi..haha" sindir hamdan..melihatkan hamdan sebegitu tok imam surrender dan trus blah dari tempat kejadian itu..

sejak dari itu,tiap kali hamdan jumpa Tok imam tu dia akan berkata "tak gila pon!"..sambil tersengih...walaupon tensen tp tok imam tetap sabar sambil membalas senyuman hamdan...dalam sebulan dua ini memang kerap hamdan memerli tok imam tu, sampai tok imam tu akan menyorok bila ternampak hamdan..

Dan pada suatu hari yg sgt hujan..dari tgh hari hujan+ribut petir kat kawasan itu..hinggakan kumpulan Hujan pon x berani buat show time tu...tiba2 pintu rumah tok imam diketuk..tercegat la si Hamdan didepan rumah tok imam dgn keadaan nya x terurus dan basah lenjan..lalu hamdan berkata "Tak Gila Ponnn!!"

The end...

Monday 11 January 2010

DotA 1

Ape tu DotA?
makanan?..boleh jadi kalau anda noob...

Pendidikan?..boleh jadi juga..kalau heavily addicted dgn DotA nih maybe anda boleh jadi Sohai dlm pendidikan..

Sukan?...anda akan mls bersukan bila bermain benda ni..

Gamez??..Ya.tu jwpn paling tepat sekali dgn DotA..ia adalah seekor permainan game yg popular di Malaysia sekarang nih..kat dunia pon boleh tahan gak aa ratingnya..

Oleh kerana mcm kurang je Blog2 DotA yg berbahasa Melayu..so aku kat sini aknn membuat Blog Dota..for what purpose??..bergantung kepada mood aku..hari nih aku nak mengajar ayat2 atau command2 basic kat DotA nih especially kat Garena...

1) 'zzz' - pd asalnya ayat nih mcm tido@ bosan tp tah bila org start menggunakan ayat nih bila ada 'soft' tension kat team @pun ade something yg pelik going on...
cth ;- Bila team anda 'stun' x kene tp x der membabitkan anda..biasanya akan kluar 'zzz' ataupon 'z' only utk menjimatkan masa...kalau 'stun' x kene dan membabitkan anda, penggunaan perkataan dh jadi lain dh(refer pd next item)...

2) 'lol' - lebih kurang dgn 'zzz' tp lol nih digunakan bila ada something funny or weird goingon.
cth ;- bila 'rikimaru' amek Invi..dan x membabitkan anda..akan ada kluar 'LoL' kat chat nyer...
ataupon 'Balanar' silent pd tgh hari buta dan menjerit pada suma org "Aku dh silent diA!!"..respond dr aku akn berbunyi 'LOL'

3) 'cb' - ni shortform drp cinta buta kot...tp bila anda mati disebabkan kesengalan member team anda, cara utk melepaskan geram adalah dgn menaip 'cb'.

4) 'rmk' - shortform utk remake..bila ada leaver kat game tu early game org akan suruh 'rmk'..ingat yer 'rmk' tu bukan Rancangan Malaysia Ke-7 ke apa..jgn salah paham..

Ok..ade keje sikit la..sampai di sini saja la...
byk lagi ayat2 common utk DotA player nih..kalau anda main anda akan tau la..
ok..mari kita sama2 renungkan dan selamat beramal!..

Bosan 1

Aktiviti biasa bila bosan1 ditempat kerja

1) Check Mudah.com.my dgn harapan ada orang tolak PS3 Rm 500 tunai..

2) Refresh outlook dgn harapan ada email2 lawak yg boleh dikutuk..step nih ada risiko tibe2 dpt email kerja..lol

3) Check Jobstreet kalau2 ade yg sudi nak amek bekerja..

4) Buat2 Bz..teknik nak mengelak byk job load..

5) Berfikir sesuatu yg x mungkin..cth kalau aku dpt tawaran bermain utk Liverpool nak pergi ke x?..sanggup ke aku tinggalkn kerja aku sbg engineer kat sini..dan sebagainyer

6) Tulis benda bosan1 kat blog,seperti sekarang nih..hahah

Monday 4 January 2010

3rd update for today..

OMG!..lagi 4 jam lg nak abes keje nih,tp dh 3rd time aku update blog aku yg x berkutu nih..oleh kerana saya sgt bosan,saya mahu mengupdate entry yg bosan juga supaya korg suma senasib dgn aku bila membaca entry ni..muahahaha

Okeyla..harinih utk sebagai referance aku sendiri nak cite sedikit sebyk tentang sejarah DotA aku..
So, akn ada byk scenes yg syok sendiri jgn mare yer..hehe

Uni 2004~2005(1 and 2nd sem) - Kutuk DotA kaw2..time nih men General..bak kata member aku.."ape la dok katok binatang yg merangkak tu" yg lebih dikenali sbg creep...time nih siap ade kumpulan general dan DotA..x leh blah..hahah

Uni 2005 (awal sem 4) - time nih tgh cuti panjang,geng2 general(dh tinggal sikit time nih) sume balik kg. tinggal bdk2 dota je..akibat dh x tau buat ape,aku pon tercopy dota dari share folder org dan dgn machonya aku join LAN game..rekod aku masa 1st time men ialah 0bunuh 25mati..haha dasyat kan..
All the pro player they once noob...tu motto aku utk men game nih...

2006~2008 - time nih tgh peak, berbekalkan nasi lemak 50sen kuala perlis tiap2 pagi buta, aku berjaya menjadi salah sorg top player kat unimap, clan gua menang game inter collage kat Unimap...time tu syok gila sebab most of the student(male) the musim men DotA time tu...

2008- current - sudah slow down, dh berkerja tp masih single..haha tp lately kerap gak men Garena dgn member2 lame...susah nak buang gian men benda nih...

hahaha..boringkan dgr aku up diri sendiri...gotcha!! kan anda dh boring juga..
sampai sini je la....nak prepare dummy utk buat2 nampak bz...
bye2

Anda Mau Kawen? tp step x clear?..

sperti tajuk diatas..Anda Mau Kawen? tp step x clear?..mai sini along saya hanya nak tolong...
ini adalah basic steps je..mungkin anda seorg yg complicated,anda boleh la menambah step2 dibwh ini supaya nampak gempak sikit..baru la mcm cerita twinlight..baru macho..haha

Langkah Yang Perlu Anda Penuhi Jika Anda Bujang Yang Ingin Berkahwin Mengikut Undang-Undang Malaysia!

.............

Step Unofficial

1. Carik pasangan.Pasangan kalau boleh cariklah yang senang dipandang,berakhlak elok,menjaga kelakuan,beradab,tahu malu,menutup aurat dan berbadan seksi macam kerengga.

2. Kumpul duit untuk hantaran dan lain-lain.Simpanlah 15 ribu.Rundingkan dengan keluarga belah perempuan jika anda kurang berkemampuan.

3. Dapatkan persetujuan wali secara lisan.Bila wali kata "datanglah bawak wakil dan 2 bentuk cincin,satu cincin risik (tanda) dan satu cincin tunang," itu maknanya harapan agak besar.Jika wali kejar anda dengan parang,janganlah sesekali cuba melawan balik.Balik rumah dan fikirkan sebabnya.Mungkin anda tak hensem.

4. Bila dua2 pihak dah bersetuju,bolehlah ditetapkan tarikh untuk bertunang dan bernikah.Bertunang tu nak buat ke tak nak,terpulanglah kepada pihak perempuan.Tarikh dah dapat,usaha lah simpan apa yang tak cukup lagi.

Step Protokol dan Undang-Undang

Sekarang masuk protokol2 dan borang2.Bab protokol ni,aku nasihatkan,buat 3 bulan sebelum tarikh nikah.Ada sebabnya.Buat awal-awal takleh sebab sesetengah benda ada expired date.Buat lambat nanti pihak perempuan kelam kabut sebab pihak perempuan kena tunggu borang anda,baru diorang boleh proceed.

1. Pergi kursus kahwin!RM80 untuk kursus 2 hari.Kepada yang tidak ada pasangan,ini adalah peluang yang baik untuk anda mencari pasangan kerana jumlah peserta perempuan sangat ramai.Pastikan gadis itu datang seorang sebelum anda cuba mengayat dia.Dapat sijil,pakai untuk seumur hidup.Manalah tau lepas2 ni nak tambah lagi seorang dua ke,sijil masih valid.

2. Pegi Klinik Kesihatan Kerajaan.Buat saringan HIV.Benda ni valid 3 bulan aje.Ada sesetengah tempat kena buat appointment.Biasanya HIV test ni dijalankan hanya pada hari Selasa dan Khamis pukul 2 sampai 4.30 petang.First come first serve basis.Datang awal sebab test kit tu limited quantity.

2. Jika anda menetap di daerah berlainan dengan alamat IC anda,pergi ke Jabatan Agama negeri anda dan mintak borang "Kebenaran Untuk Berkahwin" dan pastikan anda menerima "Borang Pengesahan Pemastautin." Isi borang itu selengkap mungkin.Tips : Jika anda tidak pasti bila dan dimana anda akan berkahwin,biarkan kosong ruangan tu."Takpe",kata brader Jabatan Agama hari tu,belah lelaki tak kisah sangat.

3. Jika anda seorang perantau,macam aku,anda KENA pergi carik penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK mukim anda.Berikan borang "Pengesahan Pemastautin" tadi dan pastikan dapat cop beliau.

4. Selepas semua borang sudah pun diisi,bawak semua borang dan jumpalah Jurunikah atau Imam Masjid Bertauliah kawasan anda.Jika anda tak kenal siapa,pastikan anda tanya dengan ketua kampung,dia mesti kenal.Jurunikah ni perlu untuk mengesahkan semua butiran dalam borang anda valid.Dia pun akan cop jugak.Jika tempat anda takde jurunikah (macam kes aku),pegi ke Jabatan Agama Daerah anda.Kat situ ada jurunikah.Macam Selangor,aku kena bawak dua orang saksi yakni member aku untuk sain borang tu depan Pegawai Jab.Agama.Pastikan anda memintak IC saksi dua orang untuk difotostat terlebih dahulu.

5. Surat Akuan Bujang perlu disediakan.Pegi jumpa dengan Human Resource Dept. tempat anda bekerja dan cakap "Saya bujang,saya nak surat yang mengesahkan saya bujang sebab saya dah nak kahwin.Nasib baik ada orang nak kawin dengan saya" dan HR Dept. akan faham lah apa yang kena disediakan.

..........

Bila semua benda tu dah siap,pegi ke Jabatan Agama Negeri anda dan hantar semua benda tadi tu.Kalau KL dengan Selangor,pagi hantar,petang dah boleh ambik balik.Apa yang anda dapat selepas semua usaha keras anda tadi?

Sepucuk surat yang membenarkan anda untuk berkahwin.Itu yang paling penting.Kerja berat kiranya dah setel.Tinggal sisa-sisa kerja aje sket lagi.Ingat!Surat ni ada expired date.Kalau Selangor,mesti kahwin dalam 3 bulan lepas surat tu keluar.Tempat lain aku tak tau.

Dah dapat surat tu,protokol untuk pihak lelaki dah setel dan konsentret untuk majlis kahwin.

.............

Step-Step Terakhir

1. Pegi kedai gambar dan cakap nak buat gambar lesen tapi ANDA DIMESTIKAN memakai SONGKOK!Kopiah,serban,tarbus atau helmet tidak dibenarkan.Wajib ada 5 keping.

2. Dah ambik gambar,fotostat semua borang yang ada 4 keping.1 salinan untuk anda simpan.Semua yang original dan 3 salinan tadi bagilah dekat pihak perempuan.

Kenapa kena bagi yang original?Lain negeri,lain requirement,kalau tiba2 Jabatan Agama negeri bakal isteri anda nak tengok yang original,pihak perempuan ada dan boleh tunjuk.Takyah nak mintak2 dengan anda.Mana tau anda orang Pahang dan gelfren anda orang Sarawak,payah jugak nak menghantar dokumen2 tu.

Bagi jugak gambar anda bersongkok kepada pihak perempuan.Kedai gambar buat 8 keping minimum,jadi 3 keping lebih adalah untuk simpanan peribadi bakal isteri anda atau bakal mak mertua anda.

Step Penutup

Setel semua benda protokol,tibalah masanya untuk anda menghitung hari.Adakah ada aku terlupa sesuatu?Oh!Step terakhir yang anda perlu ambil dan PALING PENTING SEKALI....

1.Pegi berurut.Dan bila aku tulis pegi berurut,urut betul2.Bukan pegi mana-mana pusat Spa dan kena "urut" dengan amoi.

2. Revise balik doa dan surah2.Manalah tau Tok Kadi tanya.

3. Jaga diri baik-baik.

Harap benda ni membantu anda.Orang selalu heboh pasal baju,pelamin,dulang hantaran....tak ramai yang tunjuk ajar pasal benda ni.

disunting dari "http://cursingmalay.blogspot.com/"
(haha ade komplen rupanya...sorry aa bro yg wat entri nih...baru blajar copy and paste je..lenkali x wat lg..^^ ingatkan x der org yg perasan(visit)...zzz)

1st day working for 2010 yg bosan

mmm...1st of all selamat dtg ke blog saya yg bosan nih...tgk layout pon dh leh tau blog nih bosan...hehe

harinih 1st day msk kerja selepas almost 10days long end year holiday..msk2 keje x tau la kenape muka nih ketat semacam..msk je office damnn!! ini la bau office yg paling aku benci sekali...bau dlm office nih dgn bau kat luar memang lain gila...ini adalah endurance test utk 9 jam pada hariini...hopefully nothing happen for today..lol

bukak2 Email...mak ai! rasa nak tumbuk je monitor dpn tu..byknyer email yg nak kene baca..

Tahniah kepada saya!! yahooo....sejam telah berlalu tanpa apa2...oleh kerana kebosanan tahap yg melampauwe batas ni,maka lahirlah satu blog bosan ni....hahahhaha

Tanjobi Omedeto.~~

adakah akan ada update utk 8 jam bosan yg akan dtg???
kita sama2 tunguuuuuuu....